Enjin Pencari

Majalah Online Untuk Remaja Terbaru!

Akhirnya apa yang anda nantikan telah tiba. Kini bermulalah edisi pertama Majalah Remaja Glam yang mengetengahkan mengenai isu berkaitan remaja sama ada lelaki atau perempuan. Remaja Glam memberikan tips fesyen berguna contohnya dalam ruang 'MAke Over' yang menjadi artis dan selebriti popular sebagai inspirasi. Di sini segala tips, maklumat dan info adalah percuma. Dan remaja menjadi keutamaan kami. So jika anda remaja dan anda mahu GLAM.. teruskanlah bersama Remaja Glam. Anda juga harus membaca bahagian horoskop 'siapa tahu harini hari bertuah anda? Anda juga boleh mengundi artis atau selebriti terkenal mana yang mahu dipaparkan sebagai 'Cover Story', Semuanya mudah di REMAJA GLAM..

p.s: Nantikan Remaja Glam edisi terbaru pada Jun nanti! Dengan  banyak tips dan cerita menarik,,,

























ISI Kandungan:

Make Over : BerGaya Ala Miley Cyrus

Miley Cyrus yang popular dalam siri Disney, Hannah Montana memang sering menjadi ikutan dalamn berfesyen. Tampil dengan imej segar, bersahaja dan mudah digayakan untuk para remaja, tidak hairan Miley kekal diminati golongan muda.  Kini anda juga boleh bergaya seperti Miley Cyrus dengan 3 cara mudah. Mari kita lakukan sekarang!

3 Langkah Mudah mengenakan solekan ala Miley Cyrus:

Pertama : Tonjol solekan bahagian mata. Miley cyrus sangat gemar menggunakan pembayang mata yang gelap iaitu gaya smokey eyes. Cuba anda perhatikan mekap di matanya dan lakukan perkara yang sama.

Kedua: Gunakan blush atau pemerah pipi warna pink. Miley Cyrus sangat gemar pipinya berwara pink. Nampak segar, dan manja.

Ketiga: Akhiri solekan dengan pengilat bibir warna merah jambu. Ia akan menyerlahkan bentuk bibirmu yang cantik dan mungil dan sekarang anda hanya perlu gayakan pakaian kasual seperti Miley Cyrus dalam Hannah Montana. Anda pasti lebih bergaya dan popular selepas ini!

5 Tips Mahu Jadi Popular Untuk Remaja Glam

5 Tips Bagaimana Mahu Jadi Popular?

Tips jadi popular:

1. Bersedia Keluar dari zon selesa
-Contohnya mulakan perbualan, buat lawak, komen sesuatu dan jangan hanya diam sahaja. Lebih berterus-terang, terbuka dan berani dalam setiap tindakan.

2. Jadi Seorang Yang Ramah
- Sapa orang lain dahulu, Senyum, ketawa , Puji sesuatu yang menarik perhatian anda tentang seseorang dengan ikhlas, bantu orang lain bila kesusahan, bila berbual jauhi topik kontroversi, tunjukkan keceriaan.

3. Berhenti fikir mengenai diri sendiri
-Kebanyakan orang terlalu memikirkan diri sendiri sehingga terlupa memberi perhatian kepada orang lain.

4. Jangan memaksa diri
- Orang popular bersikap spontan, kasual dan yakin. Mereka tidak menunjukkan mereka terlalu inginkan sesuatu. Mereka selalunya relaks dalam setiap tindakan dan tidak nampak dibuat-buat.

5.Bersikap Yakin
- Keyakinan adalah satu ciri yang menarik perhatian semua orang. Jika berada di satu majlis atau acara jangan bersembunyi di satu sudut. Berada di tempat yang kau akan dapat perhatian! Jangan takut dengan perhatian.

Diana Danielle Bercinta Dengan Farid Kamil

Mengaku Bercinta Akhirnya.
Diana Danielle kini dengan yakin memberitahu bahawa memang sedang asyik mahsyuk bercinta dengan Farid Kamil

Untuk pertama kalinya, Diana tidak menafikan hubungan cintanya dengan aktor kacak tersebut meskipun berkali-kali menegaskan dia kurang gemar untuk bercerita mengenai hal peribadi berbanding kerjaya.

Alasan yang keluar dari mulutnya memang seperti yang dijangkakan. Tidak mahu kisah cintanya dijaja dan dicanang orang.

“Soal jodoh bahaya untuk dicanang. Bertambah tak manis apabila kita sebagai orang perempuan yang menjaja cerita itu ke sana ke mari sedangkan kita tidak tahu bagaimana penghujung kisah hubungan itu.

“Maksud saya sama ada kahwin ke tidak kahwin ke? Esok-esok kalau tak jadi kahwin, orang akan mengata dan senang untuk mereka kata ‘padan muka’. Nampak sangat saya ini macam perempuan murah.

“Kalau perkara itu terjadi sudah tentulah kita rasa malu bukan? Saya tidak mahu malu, jadi lebih baik saya kekal bersikap sederhana dalam hal ini.

“Lagipun sudah banyak yang saya pelajari daripada pengalaman cinta yang lepas,” katanya yang sebelum ini terpaksa menyembunyikan hubungan cintanya dengan jejaka kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

3 sebab pilih Farid

Ketika rancak bercerita mengenai kekasih hatinya, dia yang tidak lekang dengan senyuman sempat ditanya bagaimanakah boleh jatuh cinta dengan Farid Kamil?

Intonasi suaranya penuh kejujuran. Kata Diana, ada tiga perkara yang menjadikan Farid begitu istimewa.

“Pada saya, Farid lelaki yang bijak. Yang keduanya, dia seorang yang ‘sempoi’. Saya selesa berada dengannya.

“Bukan itu sahaja, selama kami bersama, saya dapati dia juga seorang yang tidak suka mengambil hal yang remeh lalu menukarkan ia kepada sesuatu yang serius. Tak susah hendak memahami dia, dia seorang yang tak suka merumitkan sesuatu perkara.

“Lagi satu, dia seorang yang kuat bekerja dan berdedikasi dalam setiap apa jua yang dibuat. Kebetulan pula saya memang suka lelaki yang kuat bekerja,” katanya sambil menyuntik senyuman di bibir.

Adat bercinta dengan orang yang sama dalam industri, Diana sebenarnya tidak terlepas daripada pandangan dan sasaran mata-mata mereka yang teruja menanti apa seterusnya yang akan berlaku dalam hubungan pasangan sama padan itu.

Justeru tatkala diaju soalan sama ada dia sudah bersedia untuk menukarkan status bujang dan melalui gerbang perkahwinan, pantas sahaja mulutnya berkata, tidak sama sekali.

“Belum masanya lagi. Tak mungkinlah saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini. Lagipun saya masih muda, banyak lagi perjalanan yang perlu saya lalui dan tempuh,” ujar pelakon utama filem Magika ini.

Dimomok dengan sejarah hitam ketika bersama dengan kekasih lama, Syamsul Yusuf yang dikatakan telah menyebabkan dia berada dalam tekanan (dek insiden pukul), riak wajahnya Diana bertukar tiba-tiba.

Dalam nada tegas, si manis ini memberitahu dia tidak akan ‘memberi muka’ kepada mana-mana lelaki yang cuba mencuit kulitnya sedikit pun.

“Kalau dia (teman lelaki) berani buat begitu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan. Bukan apa, setelah apa yang saya lalui sebelum ini, tak mungkinlah saya mahu membiarkan perkara itu berlaku lagi.

“Pengalaman seorang teman baik yang pernah diperlakukan begitu satu ketika dahulu juga banyak memberi pengajaran buat saya,” katanya.

Namun begitu, dalam masa yang sama, graduan Universiti Nottingham, Semenyih, Selangor jurusan Biosains ini percaya setiap individu mempunyai sifat yang berbeza.

Malah, dia menaruh keyakinan bahawa Farid bukanlah dari kategori lelaki yang sanggup bertindak kasar terhadap golongan wanita.

Horoskop dan Anda (November)

Ramalan zodiak Anda Bulan Ini


Aries
(Mar. 21- April 20)
Bulan ini anda akan berdepan dengan situasi berkaitan kanak-kanak.

Hari Paling bertuah Anda: Khamis


Taurus
(Apr. 21- may 21)
Bulan ini cuba jimatkan perbelanjaan. Jangan boros berbelanja. Anda akan dapat ia bawa banyak kebaikan. Lagi satu sekiranya anda guris perasaan sesiapa jangan pergi begitu saja. Tunjukkan keberanian anda untuk minta maaf dan mengaku kesilapan. Mudah saja!
Hari bertuah anda: Sabtu

Gemini
(May 22-June 21)
Buat sesuatu untuk membelai diri sendiri. Berhati-hati dengan orang asing. Jika anda bekerja cuba jadi profesional dan ketepikan soal perasaan.
Hari bertuah anda: Isnin

Cancer
(June 22-July 22)
Anda akan belajar banyak perkara baru sekiranya anda lebih mendengar. Luangkan banyak masa dengan keluarga. Seseorang sedang menaruh minat pada anda..
Hari paling bertuah: Selasa

Leo
(July 23-Aug 22)
Persahabatan anda mengalami masalah bulan ini disebabkan wang. Anda tidak perlukan lakukan semuanya sendiri. Belajar minta bantuan orang lain.

Hari paling bertuah: Sabtu

Virgo
(Aug. 23 -Sept. 23)
Peraturan memang susah mahu dilalui dalam hidup. Anda akan hadapi masalah dengan keluarga. Namun cinta jarak jauh anda akan berputik kembali. Siapa si dia tu?

Hari paling bertuah: Sabtu

Libra
(Sept. 24 -Oct. 23)
Sanak saudara lebih mudah mungkin akan merujuk anda untuk mendapatkan pengetahuan tertentu. Jangan lokek ilmu. Banyak senyum dan ketawa.

Hari paling bertuah: Sabtu

Scorpio
(Oct. 24 - Nov. 22)
Utamakan keselamatan. Belajar daripada kecuaian anda bagi mengelakkan perkara buruk.

Hari bertuah anda: Rabu

Sagittarius
(Nov. 23 -Dec. 21)
Jangan cepat menilai kulit daripada isi. Buka minda anda. Cuba berbaik dengan semua orang. Usah anda dimalukan. Anggapnya sebagai gurauan.

Hari paling bertuah: Sabtu

Capricorn
(Dec 22.- Jan. 20)
Pergi beli belah bulan ini. Anda perlukan baju dan imej baru. cuba korek tips dari teman yang anda kagumi tentang fesyen terbaru.
Hari bertuah anda: Rabu


Aquarius
(Jan. 21.- Feb. 19)
Perbaiki komunikasi anda. Cuba perhati kawan-kawan yang berkarisma. Lihat cara mereka senyum atau berdiri. Cuba tiru kalau boleh. Anda akan lebih yakin.
Hari paling bertuah: Selasa

Pisces
(Feb. 20-Mar. 20)
Perangai panas baran anda semakin teruk. Minta nasihat daripada orang yang lebih tua. Kepada yang gemar menyorokkan diri dalam bilik, keluar berjalan-jalan hirup udara segar atau cuba buat sesuatu yang baru. Sesuatu yang hebat menanti anda!

Hari paling bertuah: Isnin

Rahsia Girls' Generation Terdedah!

Girls Generation penipu?




MEREKA mungkin telah mendominasi Korea dan Jepun menerusi album terbaru, namun segelintir peminat Girls Generation di Taiwan mempunyai pandangan yang berbeza terhadap kumpulan popular itu.
Menurut sebuah program hiburan di Taiwan, terdapat spekulasi yang mendakwa kumpulan tersebut hanya menggerakkan bibir semasa membuat persembahan konsert mereka di Taiwan baru-baru ini.
Perkara ini jelas menghampakan 24,000 peminat yang hadir ke konsert itu dengan kebanyakan mereka berasa tertipu.
Malah, ia lebih jelas apabila kamera turut memfokuskan wajah setiap anggota kumpulan itu ketika persembahan berlangsung.
“Kami berasa tertipu. Untuk apa kami membelanjakan wang jika persembahannya teruk?
“Untuk apa kami datang ke konsert sedangkan anda sendiri boleh mendengar kualiti nyanyian sama seperti di dalam album cakera padat?,” luah peminat .

Sumber: Utusan Online